Sheila Abdull - Mungkinkah

Sheila Abdull - Mungkinkah
Seperti ada yang tak kena
Saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa
Maafkan andainya ku mengganggu
Bukan membaca fikiranmu
Hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu
Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya…
Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah…






















10 Responses to “Sheila Abdull - Mungkinkah”
By nad on Feb 16, 2008 | Reply
best! ;]]
By az on Feb 17, 2008 | Reply
sheila abdull ni sape ek?ade sape2 leh btau x?sedap gak lagunye
By tiNy on Feb 19, 2008 | Reply
ntah ler.. tau2 je dah kuar radio
By mal on Feb 28, 2008 | Reply
tula pasal..
bes gle lagu dia
By putri on Mar 10, 2008 | Reply
salam all,
me too.love this song.if anyone ada mp3 tolong hntar kt sy…nk download xdpt la.
By senapang on Mar 19, 2008 | Reply
dier nie anak ddik sape ntah….
komposer kat m’sia….lupe lak..
tp sedap2….best!
By intan^berlian on May 1, 2008 | Reply
memula dengar cam suara ct nurhaliza jer..cayalah suara dia mmg best
By Cahaya on Jul 14, 2008 | Reply
Sheila Abdull, satu nama baru yang kian bersinar dalam industri muzik tanahair. Lahir dari bakat dan minat yang menebal mendorong beliau berjuang untuk menempatkan diri dan mewarnai persada seni negara. Gadis manis yang berasal dari Johor ini cukup dikenali di negerinya di atas kesungguhan beliau yang sering mewakili sekolahnya di pertandingan nyanyian seterusnya jadi wakil zon dan daerah.
Selain itu, Sheila Abdull juga pernah menyanyi untuk Yayasan Warisan Johor, Okestra Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kombo RTM dan Kumpulan Jazz Johor. Nasibnya menyerlah apabila menyertai Suara Bintang Adnan Abu Hassan pada tahun 2006, Sheila mewakili zon selatan bagi negeri Johor,Melaka dan Negeri Sembilan.
Sebagai Juara Suara Bintang Adnan Abu Hassan ini telah melayakkannya untuk merakamkan single dan diambil menjadi artis rakaman di bawah SRD Villa Records milik Adnan Abu Hassan. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh Sheila Abdull kerana bukan mudah untuk menjadi anak didik komposer terkenal Adnan Abu Hassan yang telah berjaya menaikkan nama-nama tersohor seperti penyanyi no 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Misha Omar, Dayang dan ramai lagi.
Syarikat rakaman gergasi EMI juga turut terpikat dengan bakat besar Sheila Abdull setelah mendapatkan didikan daripada komposer terkenal Adnan Abu Hassan. Hasil perbincangan antara SRD Villa Records dengan EMI (M) Sdn Bhd dan satu persetujuan telah termenterai di mana Sheila Abdull kini di bawah EMI (M) Sdn Bhd. Hubungan baik dengan SRD Villa Records masih dikekalkan di mana Sheila Abdull masih di bawah pengurusan Adnan Abu Hassan.
Album pertama Sheila Abdull yang memakai judul yang sama mengetengahkan konsep Pop Balada tetapi terdapat juga elemen medium tempo di dalam album ini. Album ini mengandungi 8 lagu hasil ciptaan Adnan Abu Hassan dan Faris. Sheila Abdull mempertaruhkan single pertama ‘Mungkinkah’ bagi memperkenalkan album dan kewujudannya dan ternyata ianya membuahkan hasil di mana lagu ini mendapat sambutan positif daripada radio-radio tempatan. Secara tak langsung membuatkan ramai orang ingin mengenalinya. Lagu ‘Lepaskanlah’ merupakan langkah seterusnya dengan lagu balada ini diharap dapat menonjolkan suara Sheila Abdull . Antara lagu-lagu lain adalah seperti ‘Asmara Di Hati’, ‘Cinta Itu Luar Biasa’,’Cinta Putih Atau Kelabu’,’Nafas Terhenti’, ‘Selautan Asmara’ dan ‘Bahang Asmara’ iaitu sebuah lagu istimewa dwibahasa yang bermula dengan vokal bahasa Malaysia tetapi diakhiri dengan vokal bahasa Inggeris .
By hani_88 on Sep 20, 2008 | Reply
hye sume —<@ sy ske sgt lagu nie. lirik die best tau..
By hani_88 on Sep 20, 2008 | Reply
korang try la hayati lagu nie..best tau!!